Tuesday, April 12, 2011

Ketua Pengarah Kerja Raya (yang warak) ditukar atas desakan Umno?

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato Seri Prof Ir Judin Abd Karim dikhabarkan akan ditukarkan ke CIDB, satu jawatan yang tidaklah strategik seperti jawatannya sekarang. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksejutif CIDB menggantikan Dato Ir Hamzah Hassan yang telah menamatkan kontraknya.

Pertukaran ini memeranjatkan pelbagai pihak khususnya warga Jabatan Kerja Raya kerana Judin dikenali kerana ketegasan beliau di dalam membuat keputusan dalam pelbagai perkara khsuusnya yang melibatkan JKR.

Beliau juga dikenali dengan sifat kewarakan dengan solat dhuha dan puasa sunatnya telah memulakan perkhidmatannya di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan JKR, di bangunan PKNS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumupur.

Karier beliau banyak dihabiskan di dalam bidang rekbentuk dan Judin tidak pernah berpeluang menjadi Pengarah JKR Negeri. Kerjaya beliau melonjak naik apabila dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 1 dan seterusnya menjadi Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada Mei 2007.

Judin berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Kejuruteraan Sivil dari University of Southern California, Amerika Syarikat.

Ramai melihat pertukaran beliau adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana ia seolah-olah diturunkan pangkat kerana jawatan KPKR adalah bertaraf Turus III tetapi jawatan Ketua Eksekutif CIDB hanyalah Jusa A, manakala Timbalan Ketua Pengarah kerja Raya adalah bertaraf Jusa A juga.

Sifat kewarakan dan ketegasan beliau terutama berkaitan projek dan melayan karenah kontraktor barangkali tidak disenangi oleh politikus-politikus dan kontraktor yang selalu mengambil dan mencari peluang dalam perlaksanaan projek di JKR.

Menurut seorang pegawai kanan JKR, Judin mungkin menjadi mangsa keadaan kerana ketegasan beliau dalam hal kontrak dan projek menyebabkan beliau mungkin tidak disennagi termasuk oleh Menteri Kerja Raya sendiri.

JKR akan kehilangan seorang pegawai yang baik, amanah dan sangat komited di dalam kerjanya dan amatlah rugi kerana pertukaran beliau di saat perlaksanaan projek RMK10 baru bermula. "Dalam keadaan sekarang, JKR amat memerlukan seorang ketua seperti Judin. Hairan sekali mengapa beliau ditukarkan ke posisi lain," luahan hati seorang pegawai kanan JKR yang mendakwa begitu mengenaili Judin.

Beliau telah berjaya membawa JKR ke arah kecemerlangan dalam menbawa vis dan sisi JKR bagi menghadapi cabaran perlaksanaan projek di bawah JKR dan menongkah transformasi di bawah NKRA dan KPI Kementerian kerja Raya.

Bagi warga JKR jika benar berita Judin akan ditukarkan, pengganti seumpamanya terlalu sukar dicari diganti.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.