Wednesday, May 30, 2012

Kita memerlukan cara baru dalam berdakwah

Dunia hari ini mengalami perubahan yang amat drastik, terutama di dunia Barat. Ramai berlumba-lumba mengejar keduniaan dan melupakan akhirat. Agama telah dijadikan permainan politik dan agenda yang perlu dilupakan.

Mereka sudah lupa asal usul mereka dan perubahan in telah banyak merubah kehidupan mereka.

Islamophobia

Penduduk Islam di Barat telah mengalami tekanan yang begitu dahsyat, mereka dicemuh, mereka tidak dibenarkan berhijab dan sebagainya. Hadis- hadis nabi telah dicerca & al-Quran dikatakan membenarkan keganasan, pemerkosaan dan pembunuhan.

Nabi Muhammad s.a.w dikatakan membenarkan pembunuhan secara besar-besaran. Fakta-fakta dan nash-nash dari Quran dan hadith yang dikemukan telah disalah guna dan diputar belitkan.

Dunia hari ini tidak lagi memandang Islam sebagai agama yang berdakwah kepada kebenaran dan keamanan. Mereka melihat Islam sebagai agama yang mundur dan kebelakang dan juga agama yang tidak dapat berkompromi dengan dunia sains dan teknologi.

Mereka tidak tahu

Ramai yang tidak tahu tentang Islam. Sesetengah daripada mereka hanya mendengar perkataan Islam dari peti televisyen di rumah mereka.

Mereka hanya menerima secara bulat-bulat apa yang disuapkan kepada mereka.

Ada yang berpendapat Islam adalah agama pagan yang majoritinya kaum Arab dan menyembah Kaabah. Ada yang berpendapat kumpulan militan itulah Islam yang benar.

Buku- buku yang ada dipasaran kebanyakannya mengutuk dan mencerca Islam dan Nabi Muhammad.

Buku yang prejudis kepada agama begitu banyak sehinggakan mereka tidak tahu yang mana benar dan yang mana batil.

Ada diantara mereka begitu terbuka terhadap agama. Mereka ingin mencari agama, tetapi tidak berjumpa.

Kenapa mereka tidak berjumpa?

Adakah salah mereka kerana membaca buku yang salah? Jawapan nya ada pada kita. Kita yang bersalah kerana tidak menunjukan mereka jalan yang benar.

Dakwah cara Barat

Agama Islam didasarkan kepada pemikiran yang matang dan rasional. Kita juga mempunyai ramai cediakawan yang mengamalkan sains dan agama.

Jika benar umat Islam dapat mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullah saw, maka hujah-hujah dari pihak atheist dan agama lain senang ditepis.

Perdebatan antara agama begitu hebat di Barat, mereka diajar cara berdebat, cara menangkis hujah-hujah pihak Atheist dan agama lain. Perdebatan dilakukan secara intelektual supaya tidak pihak yang berkecil hati dalam pendebatan yang dijalankan.

Para pendakwah mengemukan hujah-hujah yang bernas dan meyakinkan. Mereka diberi peluang berdebat mengunakan kitab-kitab bukan Islam.

Hujah-hujah yang diberikan meyebabkan ramai yang terpaku.

Adakah kita di Malaysia besedia untuk menerima tekanan sebegitu?

Tuesday, May 22, 2012

IKRAM menegaskan Prinsip dalam politik Malaysia

KAJANG – Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menegaskan mengenai prinsip penglibatan Ikram dalam politik semasa menyampaikan ucapan Presiden sempena Perhimpunan Ahli Teras (PAT) Ikram yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra dekat sini.

“Ikram telah membuat keputusan untuk menyokong parti dan calon yang menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam,” jelas beliau dalam ucapannya.

Sehubungan itu katanya, sekiranya terdapat percanggahan, maka faktor (pendirian) calon terhadap isu-isu sensitif Islam akan diambil kira.

“Kita melibatkan diri dalam politik negara dengan tujuan membangunkan umat dan masyarakat yang celik politik, memiliki kematangan dan keberanian bertindak secara politik yang tinggi sehingga mampu menggerakkan perubahan kepemimpinan politik negara, menggerakkan agenda politik yang akan menghantar pemimpin terbaik ke mercu kekuasaan, memimpin negara dengan penuh kewibawaan, mendukung satu sistem politik yang adil dan cemerlang.

"Menurut beliau, politik Machiavelli  telah menimbulkan fenomena yang selalu kita saksikan,  pemimpin yang sentiasa berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun, menerusi berbagai tipu daya yang akan menjadikan rakyat sebagai mangsa.

Kepentingan umat, rakyat serta negara diketepikan.“Mereka bersedia menindas rakyat dan mencerobohi hak-hak mereka sewenang-wenangnya dengan penuh keangkuhan, apatah lagi bersedia mengorbankan kepentingan rakyat dan prasarana negara demi mempertahakan kuasa tanpa rasa bersalah sedikit pun,” jelasnya.

Dalam menghadapi krisis kepemimpinan seperti ini, Dr Parid menggariskan sembilan objektif penglibatan ahli-ahli IKRAM dalam politik, iaitu:

1. membangunkan kecelikan politik rakyat
2. membangunkan budaya politik yang bersih dan sihat
3. mewujudkan perubahan lanskap politik negara
4. ke arah peralihan kuasa secara demokratik
5. pertukaran pemerintahan secara aman
6. mengangkat pemimpin terbaik menerajui kepemimpian negara
7. membentuk pemerintahan yang bertanggungjawab
8. membangunkan sistem politik yang adil
9. membangunkan daulah ar-risalah

“Pilihlah wakil rakyat dan ahli majlis syura (peringkat negara) daripada kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia, yang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik demi pengurusan perjalanan negara dan kehidupan rakyat.

”Presiden Ikram menyarankan agar ahli-ahlinya mengundi secara berprinsip, bermula dengan menyokong calon yang mendukung agenda Islam; kemudian memilih calon yang tidak mengancam perjuangan Islam di Malaysia; dan, (jika) daripada kalangan calon-calon bukan Islam, peribadi calon mestilah tidak memusuhi Islam; dan akhir sekali, mengundi peribadi calon bukan Islam yang bahayanya terhadap perjuangan ummah adalah paling minimum.

Beliau berkata demikian di hadapan 930 orang ahli-ahli teras Ikram yang menyertai PAT semalam.

Monday, May 21, 2012

Anakku pindahkan kubur emak..

Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya.

Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang membalut jasadnya masih lengkap.

Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya.

Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.

Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya.

Ingatlah apa kerjayapun...

namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri.

Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami.

Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga.

Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.

Thursday, May 17, 2012

Alangkah Bertuah Jika Negara Mempunyai Hakim Seperti Marzuki

OLEH: KARMIC WHEEL

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu.

Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan.

Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum.

Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu.

Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

'“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.

”Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di "share" untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.